Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Kenali Konsep Sistem Ekonomi Kapitalis, Sosialis, Komunis, Hybrid, di mana Sistem Ekonomi Islam?

Kenali Sistem Ekonomi Dunia masakini. Di mana Sistem Ekonomi Islam?

Pada amnya sistem ekonomi global masakini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu sistem ekonomi sosialis, kapitalis, komunisme dan sistem ekonomi campuran.

Sistem Ekonomi Kapitalis

Merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kepada pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa ganguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk organisasi atau pun sekumpulan individu. 

Sistem ekonomi kapitalis digerakan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos penetapan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.

Pengkrtik sistem kapitalis ini mewujudkan jurang perbezaaan yang ketara antara kaya dengan miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini adalah komunisme dan sosialisme. 

Kapitalisme berasal dari perkataan Inggeris - 'capital' yang bermaksud modal. Istilah kapitalis mula diperkenalkan pada abab ke 19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme untuk menerangkan bahawa ekonomi moden bukan komunis.

Amalan ekonomi kapitalis kukuh di England di antara abad ke 16 dan ke 19 Masehi. Walaupun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar zaman pertengahan, kapitalis menjadi dominan di barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalis merebak ke seluruh benua Eropah dan pada abab ke 19 dan 20. Ia menjadi sistem ekonomi dunia yang memberi sumbangan besar di dalam dunia perindustrian

Ekonomi Sosialisme

Adalah satu sistem perekonomian yang memberikan kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melakukan kegiatan ekonomi tetapi dengan campurtangan pemerintah. pemerintah masuk ke dalam sistem ekonomi untuk mengatur tata kehidupan perekonomian negara serta jenis jenis perekonomian negara serta jenis perekonomian yang keperluan hidup rakyat yang mana di kuasai oleh negara seperti air , electrik, telekomunikasi, gas dan lain lain.

Ekonomi Komunisme

Komunisme adalah satu sistem perekonomian di mana peranan pemerintah sebagai pengatur seluruh sumber kegiatan ekonomi. setiap orang tidak berhak memiliki kekayaan peribadi sehinggalah nasib mereka ditentukan oleh pemerintah dengan tujuan pemerataan dan persamaan ekonomi . Namun begitu, tujuan sistem ekonomi komunisme ni belum lagi menunjukan sebarang kejayaan ke tahap yang lebih maju, banyak negara telah meninggal amalan ekonomi ini.

Ekonomi Campuran

Ekonomi Campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya ekonomi campuran mengandungi unsur-unsur ekonomi kapitalis dan sosialisme dan ada juga mengunakan kaedah kesemua jenis ekonomi itu contohnya negara Malaysia.

Tiada satu definasi untuk ekonomi campuran, tetapi aspek paling penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian ( termasuk permilihan industri secara persendirian ) bercampur aduk dengan ekonomi terancang ( termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam sekitar atau pemilikan asset atau sumber pengeluran oleh negara).

Dari segi praktik nya banyak negara sebagai contohnya Amerika mengamalkan system ekonomi campuran ini. Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara mesti menjalan kesemua jenis ekonomi ini atau pun 2 atau 3 jenis ekonomi. 

Contohnya Malaysia pada asalan penubuhan Felda dan Felcra adalah mengamalkan sistem ekonomi Komunismam di mana tanah dan rumah adalah hak milik kerajaan sepenuhnya, keadaan ekonomi ini bertukar dari satu kaedah ke satu kaedah ekonomi dari ekonomi komunisme bertukar kepada sosialisme dan bertukar kepada kapitalis, yang mana pada masa sekarang tanah dan rumah di Felda telah menjadi hak milik peneroka. Kejayaan Felda untuk menaik taraf ekonomi peneroka telah membuka pandangan luas negara-negara luar dengan sistem ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia.

Untuk menjadi sebuah negara maju, kebanyakkan negara mengamalkan dasar ekonomi campuran, terutamanya di dalam pelbagaian teknologi yang makin berkembang pesat.

Antara system ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia adalah:
  • ekonomi Komunisme
  • ekonomi Sosialis
  • ekonomi kapitalis
  • ekonomi Islam

Kebaikan ekonomi campuran

  • Kegiatan ekonomi yang stabil

Kelemahan Ekonomi Campuran

  • Karenah Birokrasi kerajaan yang menghalang perkembangan sektor swasta

Ekonomi Islam?

Tiada terminologi, konsep dan model SISTEM EKONOMI ISLAM!


Ramai cendiakawan dan pemikir Islam serta beberapa pemimpin negara-negara Islam bercakap berkenaan Ekonomi Islam, namun hakikatnya adakah wujud secara zahir serta digunapakai bagi sesebuah komuniti, negara atau wilayah di mana-mana di dunia ini?

Atau ianya hanya pengungkapan bagi melunakkan hati sendiri?

Ada yang mentakrifkan Ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang mengimbangi antara keperluan kebendaan dan keperluan rohani berpandukan Al-Qur’an dan Al-Hadis. 

Terdapat beberapa lagi tafsiran berkaitan ekonomi Islam iaitu: 
  1. Satu sistem integral yang sempurna yang merangkumi akidah dan syariah (Prof. Dr. Ahmad Muhammad ‘Assal & Prof. Dr. Fathi Ahmad Abdul Karim, 1977). 
  2. Salah satu kajian daripada ilmu sains kemasyarakatan mengenai tingkah laku manusia dalam mengurus sumber alam untuk diri dan masyarakat bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT (Prof. Dr. Hailani Muji Tahir, 1991). 
  3. Pengetahuan, peraturan dan ajaran syariah yang menegakkan keadilan dalam penggunaan dan pengeluaran sumbersumber material untuk keperluan manusia, agar manusia dapat menjalankan kewajipan kepada Allah SWT. (Hasanuzzanman). 
  4. Ilmu ekonomi Islam adalah ilmu pengetahuan sosial berkaitan ekonomi dan masyarakat berpandukan nilai-nilai Islam (Muhammad Abdul Manan, 1992).
Namun begitu, terdapat pendapat mengatakan bahawa tidak terdapat istilah yang mentakrifkan ekonomi Islam pada masakini atau masa lalu. Dunia Barat menganggap ekonomi Islam bukan suatu cabang ilmu ekonomi sebaliknya menganggap hanya sekadar ajaran Al Quran. Malah profession sebagai pakar, pemikir atau cendiakawan Ekonomi Islam juga tidak terdapat di mana-mana di dunia ini. Ini kerana tiadanya satu terminologi, konsep dan model yang universal yang disepakati oleh dunia Islam itu sendiri, bila merujuk kepada Sistem Ekonomi Islam.

Dunia Barat menganggap ekonomi Islam bukan cabang ilmu ekonomi sebaliknya hanya sekadar ajaran Al Quran!


Cabaran inilah yang membawa kepada penubuhan Rezkinomik Centre PLT bersama Koperasi Majlis Ekonomi Halal Selangor Berhad (MEHKOP) memulakan usaha membuat kajian dan pelan perancangan bagi perlaksanaan menzahirkan MODEL SISTEM EKONOMI ISLAM sejajar dengan konsep dan falsafah yang dibawa lebih dari 1400 lalu iaitu oleh Ibn Khaldun dalam bidang pemikiran dan falsafah ekonomi.

Umum mengetahui adalah hampir mustahil kita akan dapat memecahkan penguasaan konsep Ekonomi dunia yang telah lama bertapak seperti Ekonomi kapitalisme, socialisme dan komunisme yang banyak digunapakai oleh negara-negara lain sehingga kini menerusi cara imperialisme serta neo-kolonialisme, namun tiada salahnya mencuba kerana iman...


Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiayai.” (QS Al-Baqarah: 278~279)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia seolah-olah akan berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini juga membayangkan bahawa permusuhan antara Allah dan RasulNya dengan pengamal riba berlaku semenjak kehidupan di dunia lagi sebelum menerima hukuman di akhirat. Maka, malanglah nasib bagi individu atau pemimpin yang tidak mempedulikan larangan tentang riba.

Semoga Allah SWT dan RasulNya bersama kita atas usaha ini, insyaaAllah!

_______________________________________________________
Sumber : (tesis USM, UM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

#economy #imperialisme #neo-kolonialisme #capitalisme #socialisme #marhaenisme 


Post a Comment

0 Comments