Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Kenaikan Kadar OPR Dan Impak Kewangan Rakyat Marhaen

Apabila rakyat marhaen kekal dalam penafian. Serta masih leka lalai dalam zon merbahaya Sindrom Kitaran Maut Kewangan (KMK). Maka sebarang peningkatan dalam kadar OPR akan memberi impak ketara dalam kehidupan. Khususnya, mereka yang terbelit dengan pelbagai ikatan Keterhutangan.


Andaikata, rakyat sekalian masih enggan berubah dalam membina Jaringan Keselamatan Kewangan kendiri yang lebih ampuh dan wibawa. Berbanding dengan pergantungan rapuh hanya sumber pendapatan sedia ada. Khuatir, semakin ramai pula rakyat marhaen yang akan dijatuhkan kebankrapan, apabila kadar OPR terus naik berulang kali.


Pengalaman penting dari pasca kemelut perulangan PKPK baru ni adalah, kini tiada lagi jaminan dalam pekerjaan. Baik kerja sebagai Ingenuer, Cikgu, Pegawai Bank kssemuanya kini terdedah dengan risiko menerima surat pemberhentian kerja samada lunak secara VSS atau syarikat yang terpaksa tutup perniagaan.


Nasib baik mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar, pernah menegaskan Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada dasarnya tidak membabitkan sebarang pinjaman kepada koperasi kerana penggunaan akta dan agensi kawalselia yang berbeda daripada institusi perbankan. Koperasi mempunyai akta berlainan dengan bank dan ini menyebabkan koperasi tidak terikat dengan sistem seperti OPR.


Ini adalah antara kewajaran, hakikat bahawa landasan gerakan koperasi masih subur dengan ciri-ciri kepentinggan para penguna yang boleh dikembang gemburkan menjadi Wilayah Halalan Toyibban.



Khuatirnya, jika mash tiada pilihan alternatif yang tidak menzalimi diri disediakan. Semakin meningkat bilangan rakyat marhaen yang tersasar dengan pelbagai gimik tawaran manis bergula Riba Al-Buyu (Riba Dalam Jual Beli).


Riba jenis ini tiada kaitan dengan industri perbankan dan kewangan yang sudah pun mempunyai kategori Riba yang khusus. Yakni, Riba Al-Duyun (Riba Berkaitan Pinjaman Kewangan).


Media sosial seperti FaceBook, Telegram, Whatsapp dan Instagram kini menjadi  lubuk baru para scammer memasang jerat berangkai. Demi menarik jiwa-jiwa yang sarat dengan pelbagai onar penyakit Sindrom KMK, mencuba nasib mendapatkan jalan keluar dari permasalahan dengan segera.



Gimik tawaran *TIGA JAM UNTUNG 15 KALI GANDA* atau “MODAL RM1,000.00 UNTUNG RM30,000.00 DALAM MASA 3 JAM SAHAJA* kini SEMAKIN menarik minat pelbagai sektor masyarakat, Itu belum lagi dengan tawaran seumur hidup melabur RM250 sahaja dapat pulangan AS$200 Juta.


Rakyat kita, khususnya dari golongan Melayu Islam amat mudah sensitif dengan najis kategori berat dikenali *Najis Mughallazah* seperti Anjing dan Babi. Sedangkan tersentuh salah satu dari keduanya pun TIDAK menjadi haram, kerana masih boleh dicuci secara samak dengan air tanah.


Tetapi, ramai yang tidak segan silu mendakap dan mencium wang tunai dari hasil perolehan Riba Al-Buyu atau Pecah Amanah Rasuah tanpa sebarang segan silu. Lantaran, berbanding Riba Al-Duyun hanya berkisar dalam industri perbankan. Riba Al-Bayu kini tampil dengan pelbagai wajah dan jenama merentasi pelbagai sektor seperti barangan pengguna, pemakanan dan peralatan kesihatan, pendidikan, pelancongan dan sebagainya,



Hatta, demi desakan ingin menjadi kaya dengan cepat, ada juga yang dengan sengaja menzalimi diri, apabila mudah terpengaruh dengan pelbagai bentuk ajaran kesesatan. 



Taktik bercakap dengan Wang Kertas kerana yakin dengan kekuatan tenaga atau roh Duit, tampak seperti tiada isu perlanggaran tauhid. Keyakinan yang membulat bahawa kecanggihan amalan teknik Law of Attraction mampu menarik rezeki yang tidak terduga besarnya. Sedangkan, akarnya tetap berpaksi kekufuran, hingga mencacatkan ketulenan akidah. Apabila menyakini bahawa terknik Menarik Wang itu yang boleh memberinya rezeki, hingga menjadikan dirinya kaya raya. 


BUKAN Allah yang Maha Kaya Maha Pemberi Kekayaan !

Masya-Allah !!!


Wallahu'alam bishawab 


#kenaikanopr

#streskewangan

#impakkewangan

#ribadalamjualbeli

#kitaranmaut

#dedebudosariba

#wilayahhalalan

#wilayahhalalantoyibban






 



Post a Comment

0 Comments