Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Rezkinomik | Stres Kewangan Dan Hubungkait Dengan Trauma Kewangan

Dalam melayari badai kehidupan terdapat pelbagai titik Stres Kewangan yang sering kita redah dengan membuta tuli. 

Lantaran kurang keilmuan serta kesedaran hakiki. Apabila kita melihat kiri kanan depan belakang, orang-orang disekeliling kita sekian lama telah melakukan perkara yang sama. Kita turut terdorong untuk membuat tindakan kesilapan batil yang serupa. Tanpa memahami impaknya kepada kesihatan kendiri dan keharmonian keluarga.

Akibatnya, pada peringkat isi rumah, baik pasangan dan anak-anak turut mengulangi kitaran kesilapan yang sama, generasi ke generasi. Pada peringkat pemilik syarikat pula, kita pasrah dengan khilaf sedemikian sebagai kos yang perlu dibayar kerana penglibatan sebagai Usahawan.


Stres Kewangan yang dibiarkan berlarutan tanpa pengurusan tuntas, akan akhirnya berubah wajah menjadi Trauma Kewangan yang lebih memeritkan dan menyesakkan jiwa.



Jadi langkah awal yang terbaik, adalah dengan mengenalpasti titik-titik Stres Kewangan dalam kehidupan. Baik selaku kita sebagai Ketua Keluarga mahupun kita sebagai Pemilik atau Pentadbir Syarikat atau Organisasi. Barulah tertib dalam mengatur langkah pemulihan dan pencegahan secara tuntas. 


Antara tarikan utama apabila memasuki Wilayah Halalan Toyibban adalah duri-duri mengait ke arah titik-titik Stres Kewangan amatlah berkurangan. Bahkan mampu dikawalselia serta dihapuskan secara berperingkat. Sehingga tiada lagi dorongan nafsu nafsi untuk bangkit menzalimi diri dan keluarga.


Bahkan, terkesima kerasaan yang menyegarkan dan mudah fokus menuju jalan ketakwaan. Sehingga terbit suasana mendamaikan yang telah hilang dari kehidupan lama yang menyibukkan, dibadai kegelisahan, hiruk pikuk lagi haru biru.



Persekitaran Wilayah Halalan Toyibban yang dibina menuju Jannah, sewajarnya dihiasi dengan hiasan jalan-jalan bersih, bukan sahaja dari sampah sarap, bahkan segala jenis noda dan dosa. Khususnya, dedebu dosa Riba kini beranak pinak menggunakan pelbagai jenama.


Justeru, menangani titik-titik Stres Kewangan secara kolektif dan pro-aktif, adalah langkah terbaik dari membiarkan empunya diri ditakdir terjerumus ke dalam kegawatan Trauma Kewangan. Belajarlah berpada mengikut adab dalam mengurus setiap  keperluan hidup. Khuatirnya, silap pertimbangan akan membawa kita terjunam ke lubuk Neraka!


Wallahu'alam bishawab 


#streskewangan

#kesilapanbatil

#kitarankesilapan

#traumakewangan

#kitaranmaut

#dedebudosariba

#wilayahhalalan

#wilayahhalalantoyibban




Post a Comment

0 Comments