Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Pertembungan Realiti Antara Penjaja KEBETULAN dan Penjulang KEBENARAN


Istilah Betul dan Benar sudah sekian lama digunapakai dan sinonim dalam loghat tutur bicara Bahasa Melayu. Hinggakan pemakaiannya sering kali kerap bertukar takir, silap digunapakai. 


Ramai sanggup bertegang urat, hatta berdebat pelbagai kewajaran, bahawa keduanya adalah dalam kelompok istilah yang sama makna.


Sedangkan hakikatnya apabila dilakukan Ujian Ketulenan Makna Tersirat & Tersurat (seumpama ujian ketulenan Asid) melalui penggandingan penambahan Ke....An pada AWALAN dan HUJUNG kedua perkataan yang baru terbit itu akan mampu menerjah kefahaman yang tiada lagi meragukan.


Betul terbit sekadar berwajah KEBETULAN, bercirikan Sipi-sipi dan terpalit Keraguan.


Benar muncul menzahirkan hakikat KEBENARAN, bersifat Tuntas, Muktamad lagi Sempurna.


Bukankah kini terserlah hakikat diantara Kebetulan dan KEBENARAN, beda keduanya bagaikan seumpama jarak Bumi dan Langit !


Sepanjang kehidupan kita, jumlah para Penjaja Kebetulan teramatlah banyak tidak terhingga, berbanding dengan bilangan Penjulang KEBENARAN yang sedikit.


Penjaja Kebetulan

Penjaja Kebetulan, amnya sering kali mempunyai sifat OPORTUNIS, suka DIPUJI, berjiwa KECIL lagi KACAU, pantang DIHALANG serta segala tindak tanduknya tidak lekang dari rakus congakkan UNTUNG RUGI.


Justeru, Penjaja Kebetulan tidak segan silu untuk MENYEMBUNYIKAN natijah KEBENARAN. Bahkan, dalam keadaan terdesak wajah KEBENARAN itu pun sanggup dibunuhnya. Demi mempastikan apa jua tugasan AMANAH yang  diterima atau sedang diusahakannya, mampu meraih KEUNTUNGAN seperti yang dijangka.


Penjulang Kebenaran

Penjulang KEBENARAN, amnya lebih mementingkan kebajikan ummah sejagat berbanding dirinya yang fakir. Dia tidak kisah dan berhajatkan puja-pujian. Dia tidak kisah pun orang menolak pandangannya mentah-mentah. Kerana yakin kefahaman dan keyakinan itu sendiri adalah anugerah Illahi. Tugasnya hanyalah menyampaikan dengan memberi sebaik pencerahan dan bimbingan. Meskipun, Kebenaran yang dijulangnya masih lagi tampak berlumpur tidak bercanai, dia tetap pasrah dan reda dengan keluasan Zat yang Maha Luas Pemberian, Maha Pembuka, Maha Mengabuli Hajat.


Sebagai contoh teladan buat menyerlahkan perbedaan antara keduanya. Kita pakat telusuri  beberapa tamsilan perwatakan.


Bakal YANG BERKHIDMAT dan STRIKER BOLA SEPPAK sering kali perlu akur, khilaf untuk bersifat sebagai Penjaja Kebetulan, demi masa depan kerjaya masing-masing. 


STRIKER yang sering berlegar dalam petak D, akan mampu meningkat keberangkalian namanya tercatat sebagai penjaring gol, berbanding dengan Center Back yang perlu berlegar dalam kawasan sendiri. Demi melonjak nisbah keberangkalian dia sanggup berebut bola dengan lebih agresif. Hingga sering terjebak dengan perangkap offside. Mindanya terarah dari kubiarkan orang tackle & sapu, baik aku tackle & sapu dulu. Timing STRIKER berada pada lokasi dan masa yang betul, sering memudahkan gol dijaringkan, walaupun terpesong secara tidak sengaja. Sedangkan dia tidak mempunyai kemahiran teknikal yang hebat. 


Bakal YANG BERKHIDMAT pula sebelum terpilih, akan menghiasi helaian manifestonya dengan pelbagai jenis manisan akujanji. Tetapi sebaik sahaja terpilih sebagai YANG BERKHIDMAT, intipati manifesto itu menjadi sesuatu yang asing kepadanya. Mulalah dia kalut menunding jemari menyalahkan pihak ketiga, keempat hatta kelima kerana gagal melaksana akujanji manisfesto tersebut. Pada masa yang sama, benaknya mencanak ligat berfikir kantung yang mana satukah untuk kurembat sebelum orang lain sapu.


Meskipun #PRU telah pun tamat dan Kerajaan baru telah pun selesai pelantikan. Usah lagi dibiarkan kabus ilusi Kebetulan, menjadi pilihan kita dalam meneruskan saki baki kehidupan yang akan di noktah dengan Neraca KEBENARAN!


#truth #lie

Post a Comment

0 Comments