Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Rezkinomik | Perakaunan Islam Yang Syumul : Pemangkin Penting Bagi Pembangunan Wilayah Halalan Toyibban

Sudah tiba masanya semua pihak tampil duduk semeja untuk Sidang Meja Bulat Bagi Membangun Piawaian Perakaunan Islam Syumul (PPIS).

Buat masa ini di Malaysia terdapat EMPAT ( 4 ) piawaian perakaunan untuk dimanfaatkan oleh pelbagai sektor tertentu. Tetapi masih terdapat banyak lagi sektor tertentu yang tidak mampu menikmatinya.


Piawaian Pertama:

Piawaian Perakaunan dan Pengoditan bagi Institusi Kewangan Islam

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)


Sepatutnya terpakai bagi kesemua jenama perbankan Islam dan institusi kewangan Islam bagi seluruh dunia Islam. Tetapi dimaklumkan tidak semua institusi kewangan atau perbankan mempraktikkannya di Malaysia sebab terdapat pilihan ketiga, yakni Malaysian Accounting Standards Board (MASB). 


Piawaian Kedua:

Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia

Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS)


Digunapakai secara menyeluruh bagi sektor awam melibatkan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)


Piawaian Ketiga:

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia

Malaysian Accounting Standards Board (MASB) 


Agensi kawalselia piawaian perakaunan di Malaysia secara amnya. Khususnya, melibatkan sektor swasta dan korporat. Ditubuh bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997. Fokus utama kawalselia adalah PELAPORAN. Pihak MASB tidak mempunyai panel Penasihat Shariah untuk menasihati secara langsung, terma-terma hukum yang sensitif dari segi syarak.


Piawaian Keempat:

Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW)

Islamic Accounting Standards for Baitulmal, Zakat dan Waqf


Dibangunkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan kerjasama panel pakar rujuk dari beberapa universiti tempatan. Hanya terpakai bagi membuat taksiran pengiraan harta-harta syubhah, zakat dan wakaf.


Catatan Tambahan:

Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga telah mengeluarkan garis panduan pelaporan perakaunan, dengan merujuk kepada piawaian MASB

GP23: GARIS PANDUAN PELAPORAN PENYATA KEWANGAN KOPERASI


Persoalan berbangkit mana satukah piawaian yang sesuai TEPAT lagi BENAR bagi membantu para syarikat Usahawan IKS/Mikro - khususnya peserta Pasar Tani & Pasar Malam, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Masjid, Pondok Tahfiz dan sebagainya? 


Untuk gunapakai PPIBZW jelas amat tiada kaitan kebenaran. Nak pilih guna MASB terlalu skala besar dan berkos tinggi, berbanding size operasi.


Membangun Piawaian Perakaunan Islam Syumul (PPIS)

Sudah tiba masanya semua pihak tampil duduk semeja untuk Sidang Meja Bulat Bagi Membangun Piawaian Perakaunan Islam Syumul (PPIS).


Sebagai asas rujukkan dokumentasi semasa sesi persidanganREZKINOMIK Research Center PLT menawarkan beberapa modul bersepadu dari rujukkan keilmuan Displin Perakaunan Berhikmah (DPB)  untuk pertimbangan dalam pembentukan kerangka amalan Istiqamah Piawaian Perakaunan Islam Syumul yang lebih menyeluruh, agar sidang panel akan menjadi lebih cepat fokus dan terarah.


Wallahu’alam bishawab


#Displin Perakaunan Berhikmah (DPB), 

#Piawaian Perakaunan Islam Syumul (PPIS)


Post a Comment

0 Comments