Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Rezkinomik | Kewajaran Kaedah Pemasaran Jualan Tidak Langsung


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم


Di seluruh dunia, tarikan Jualan Langsung yang lebih dikenali dengan nama kaedah Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat atau “Multi-Level Marketing” (MLM) telah melahirkan ramai Jutawan dan Hartawan.


Terkini Industri Jualan Langsung di Malaysia berada pada kedudukan keenam di peringkat global dari segi nilai jualan. Setelah mencatatkan jualan berjumlah RM25.7 bilion pada tahun 2020, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


Dengan menawarkan pelbagai rangsangan gerak pendapatan dari kerja kumpulan. Amnya, bermula dengan tarikan Bonus Penajaan ( “Sponsor Bonus” ), Bonus Berkembar ( “Pairing Bonus” ), Bonus Pembangunan ( “Development Bonus” ), Bonus Kumpulan ( “Group Bonus” ) atau Piala Pencapaian Bintang ( “Star Achievers Trophy” ), yang menyediakan peluang janaan Pendapatan Pasif.


Apabila berlaku penawaran mendapat barangan atau perkhidmatan yang DIGABUNGKAN SERENTAK dengan JAMINAN PULANGAN pelbagai jenis bonus pelan pemasaran, telah berlaku DUA AKAD dalam satu masa - kesalahan Pertama. Apa juga LEBIHAN terimaan manfaat dari urusniaga pembelian tersebut, melalui pelbagai jenis gandingan bonus yang ditawarkan adalah RIBA - kesalahan Kedua.


kategori_riba


Dari segi definisi, Riba bermaksud pertambahan atau peningkatan. Tetapi melibatkan barangan Ribawi, ianya juga merangkumi sebarang pengurangan kualiti atau nilai. Para fuqaha' mempunyai pelbagai pendekatan dalam membuat pengelasan terhadap jenis-jenis riba. Ada yang membahagikan riba kepada Riba Al-Qur'an ( riba yang diharamkan melalui Al-Qur'an ) dan Riba As-Sunnah ( riba yang diharamkan melalui Sunnah ). Dengan merujuk kitab-kitab muktabar berhubung bidang Muamalat jelas terdapat Dua (2) cabang Riba yang wajar dijauhi. Yakni, Riba al-Duyun dan Riba al-Buyu’.


Riba al-Duyun merangkumi urusan Pinjaman dan kontrak Keterhutangan, melibatkan lebihan kadar faedah yang terhasil disebabkan tempoh. Sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu aset yang sama nilaian dengan mata wang ( contohnya Emas ).


Manakala Riba al-Buyu’ melibatkan sebarang urusniaga  jual-beli item RIBAWI. Sama ada berlaku ketidaksamaan pada berat, kualiti atau kuantiti semasa pertukaran, atau pertukarannya dilakukan secara bertangguh. 


Disebalik tarikan pendapatan pasif di atas, dari sudut Syariah MLM kini merupakan antara lubuk utama amalan RIBA AL-BUYU’ ( RIBA DALAM JUAL BELI ). Terutama yang diolah ke arah Skim Piramid atau Skim Cepat Kaya yang menekankan pencarian ahli baru ( “headhunting” ), berbanding dengan jualan produk berkualiti.


Di bawah Riba al-Buyu’ terdapat dua jenis perincian Riba. Yakni Riba Al-Fadhl dan Riba Al-Nasa.


1. Riba Al-Fadhl yakni sebarang tambahan dalam bentuk perbezaan kuantiti atau kualiti dalam pertukaran barangan riba yang sama jenis.

 

Contohnya: A membeli wafer emas 100g gred 999K dengan menukar 100g barangan kemas 916K. Dalam situasi ini berlaku Riba Al-Fadhl disebabkan perbezaan nilai kualiti dalam pertukaran kerana emas 999K dan emas 916K adalah daripada jenis barangan Ribawi yang sama, yakni emas meskipun kuantiti beratnya sama.

 

2. Riba Al-Nasa' yakni sebarang tambahan dalam bentuk masa penyerahan dalam pertukaran barangan ribawi yang sama kategori.

 

Contohnya: A menjual 1 KG Gandum yang diberi serta-merta dengan 500g Geras yang akan dibayar secara tangguh. Dalam situasi ini, berlaku Riba Al-Nasa' disebabkan penangguhan masa penyerahan kerana gandum dan beras adalah daripada kategori yang sama yakni makanan.


Oleh sebab itu di bawah Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat ( “Multi-Level Marketing” ) yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM pada tahun 2013, terdapat beberapa pra-syarat yang amat JARANG dilaksana antaranya Tempoh Bertenang Selama 10 Hari dari tarikh penyertaan; Yuran Keahlian pada Harga Minima; penawaran Produk-produk Berkualiti Tinggi; pemilihan Akad Patuh Shariah yang jelas diantara Syarikat dengan Peserta; mengelak dari sebarang unsur Penipuan, Penidasan, Manipulasi, dan Eksploitasi dalam Pelan Pemasaran dan Pelan Pemberian Insentif serta perlantikan panel Penasihat Syariah berpengalaman MINIMA DUA ( 2 ) orang ISLAM yang sekurang-kurangnya mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat.


Justeru di Malaysia ini, amat terlalu SEDIKIT sahaja syarikat jualan langsung yang berani dan sanggup mematuhi sepenuhnya Garis Panduan di atas. Ramai pengusaha Melayu Islam sendiri yang memilih untuk enggan memohon sijil Halal JAKIM, meskipun dari segi produk dan pelan pemasaran mereka layak untuk di patuh syariahkan.


Sebagai alternatif, Wilayah Halalan Toyibban yang berpaksikan di bawah gagasan REZKINOMIK lebih menggalakkan kaedah Pemasaran Jualan TIDAK Langsung yang Lebih Adil, Mesra Pengguna, Mesra Penjual dan Mesra Komuniti. Dengan memberi fokus urusniaga di antara para pengusaha dan pelanggan di kalangan para anggota serta para koperasi rangkaian.


In’Sha Allah


#riba

#ribaalbuyu’

#duaakad

#mlmpatuhshariah

#jualantidaklangsung

#wilayahhalal

#wilayahhalalantoyibban


Post a Comment

0 Comments