Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ukhuwah Rezkinomik Membina Kejayaan Ummah

Salam Maal Hijrah


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2. Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

3. Ibn Qayyim menyatakan:

a. Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain

b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada bencana.

4. Sebelum peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW telah mengislamkan beberapa orang pimpinan kaum Aus dan Khazraj dan mereka telah dipersaudarakan yang sebelum ini puluhan tahun sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain. Apabila berlaku peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan pula golongan Muhajirin dan Ansar.  

5. Langkah strategik Rasulullah SAW mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang baik dan mendapat keampunan Allah.

6. Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah ini saling berkasih saying. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

JOM sempena Maal Hijrah 1443 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah. Berukhuwah dan berkasih sayang kearah Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.

11 Ogos 2021
02 Muharam 1443H
#maalHijrah #1443H #ukhuwah

Post a Comment

1 Comments

  1. How to get to the Star Grand at The Star Gold Coast | DrmCD
    Directions to the Star Grand at 동두천 출장마사지 The Star Gold 제주 출장샵 Coast. 6.0 star star hotel. Map. 0 traveller reviews, 0 청주 출장마사지 comments. (702) 793-7711. All rights 문경 출장안마 reserved. 김포 출장마사지

    ReplyDelete